Salam alkisahnya jj just teringat nk share iftar di italiannies Curve Damansara. Why nk throwbekk pulak? Cita nya sbb jj out dinner ngan member jj di italiannies Gurney Paragon Penang. Tapi punya mencari menu y Penah makan sblm ni xde. Soo sbb nk bagi ingat tu jj nk repost balik post tahun lepas ni. Sng cket jj nk flashback tinggal checked blog ja. Haha..
Bukan KL la kalau jalan tak sesak
#Beverage #Drink #Grape #lyche #italianies
#SeafoodResotto #Italiannies
Full Picture #SeafoodResotto #Italiannies
#PrawnSalad #Italinnies
Alhamdulillah kenyang dan bersyukur atas Rezeki yang engkau berikan.
Done program sepatutnya jj jumpa sorang member IG ni nak beli something kat dia,
Dalam perjalanan balik dari tempat jj sesat tu dekat BTS, Bandar Tasik Selatan around jam 1-2 pagi macam tu lah, jj terus gerak balik naik Haiway menghala ke Ipoh. Otw nak balik tu dalam keadaaan sunyi sbb stress sesat larat tadi just nk pergi beli something dekat member IG, dengan kelajuan standard 110km/j jj nampak benda putih kat tengah-tengah jalan haiway Sungai Buloh berhampiran Rawang.
Ingatkan plastik apa ka, dalam keadaan yang pantas Dushhh!!!! keta jj kena objek putih tu dengan bunyi yang kuat masuk bawah kereta.jj dgn Member suspen dah terus berhenti kereta kat tepi jalan. Kereta BMW depan jj & kereta belakang jj pun banyak yang berhenti sebab langgar objek kat tengah jalan tu.
BMW ni langgar tayar lori dekat tengah-tengah jalan. Malam memang tak perasan la sebab gelap.
Rupa-rupanya benda putih yang jj langgar tu Bumper BMW ni.
Then lepas check kereta samada ada bocor atau tak jj dengan beberapa buah kereta terus ke Tol yang berhapiran, Tol Rawang untuk buat aduan.
Petugas Tol Checking Kereta yang rosak dan ambil gambar sebagai bukti untuk dikepilkan dalam borang aduan.
Alhamdulillah, Mujor la tak banyak yang rosak. Cuma Bumper depan pecah dengan skirting tepi. Secara Luaran mata kasar ni sahaja yang rosak jj nampak malam kejadian.
Lepas semua nya selesai alang-alang jj, member dan pemandu yang excident tadi bersahur sama2 dekat kedai makan di Rawang yang berhampiran. Sebelum tu sempat lagi jual 2 kotak Mineral Coffee dekat 2 orang brader yang ada di tempat kejadian. Sebab selalu travel jauh mengantok soo bagus minum mineral coffee tu. Kalau nak nanti jj bagi entry pasal KOPI tu ok.
Berbalik pada cerita tadi, jj pun meneruskan perjalanan ke Kampar, tapi memang menduga la banyak kali berhenti sbb kereta ada bunyi-bunyi bila bawa laju cket, takde la laju mana pun tapi maybe bunyi skirting yang pecah tu, So jj sampai IPD Kampar around jam 8.00am untuk buat police report . bayangkan lah punya la letih sampai depan polis pun jj degan member tertidur. Hahahaha uncontrol uolss.. Selesai terus jj balik rumah member Tidur and rehat.
3 Ogos 2013
Hari yang sangat meletihkan buat jj, cadangnya sabtu nak balik ke Utara. tapi disebabkan terlampaunya lah letih soo jj berbuka dengan member & hubby dia dekat Kampar. Dup Dap Dup Dap la jantung ni nak bagi tau dekat my mum bukan apa semalam jj tak bagi tau sebab takut my mum risau tak boleh tidur pulak. Soo after iftar jj bagi tau. Macam biasa lah mak mana tak sayang anak oiii??? Mak yang tadak hati dan akal fikiran sahaja yang buang-buangkan anak. Fuhh very-very sensetipp about this!
4 OGOS 2013
Jj nak bertolak balik dari Kampar ke Perak. Sebelum balik tengah siok-siok drive nak balik tak sabar nak jumpa my mum iftar sama-sama BAMB!!!!! kejadian yang di luar jangkaan sakit jantung mak nakkk !!!! kereta sempottt!!!! OMG !!!! Dugaan posa2 nih Dugaan dalam hati dok kata.
disebabkan Pakar terlebih dalam bidang kereta nie terus we chat member minta tanya hubby dia comel apakah ini???
google punya google baru la tau warning ligh nie
Engine warning light
The engine warning light on some vehicles may be red in colour and will illuminate when the ignition is turned on and should extinguish once the engine has started. If once the engine has started the engine warning light remains illuminated, it will suggest a problem with the engine. If the engine warning light begins flashing, ease off the accelerator and seek assistance immediately.
Hati jadi tak sedap bila bawa kereta semput-semput. Jj stop matikan enjin kejap then jalan balik warning light tu dah padam. Hati ni legaa la bila tgk dah takde warning light tu dengan harapan boleh drive balik dengan selamat. Tak keluar lagi dari Bandar Baru Kampar kereta semput-semput teruk nak mati enjin. Oh my nak nagis pun ada jugak sebab dah la pusing-pusing cari bengkel servis kereta susah kat kampar. Lagi pun Hari Ahad bengkel banyak tutup oiiii.... Bertawakal je lah time tu benti tanya Pak cik polis yang dok buat road block, jj ke Pekan Kampar cari takdak jugak yang buka, then lastly tanya budak-budak motor dekat kedai apa ntah diaorang cakap tengok dekat Tesco ada kedai-kedai kereta dekat situ.
Syukur Alhamdulillah ada jugak Bengkel kereta yag bukak Ahad. Belakang Tesco Kampar, Ipoh. jj lupa nama bengkel nie. Time nih dalam hati kata lu nak katok gua berapa ratus pun lantak lah janji kereta aku boleh jalan and selamat sampai Parit Buntar! Hahahaha.. hati ni ingat nak balik ja oiii.....
.